Ingat lagi tak Ombak Rindu version form 3 yang saya postkan hari tu?Tak ingat?Tak pe.Ingat-ingatkan lah.Harini nak bagi sinopsis yang diambik dari buku rujukan KOMSAS sasbadi.Actualy ni untuk kawan saya Bedot.Dia nak sangat sinopsis citer ni.
Sinopsis
Novel merenang gelora berligar sekitar watak utama Badri ,seorang pelajar Tingkatan Lima.Badri baru dilantik sebagai pengawas sekolah.Dia menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab untuk membantu guru-guru mengatasi masalah disiplin murid-murid di sekolahnya.Jamil,kawan baik Badri tidak begitu setuju dengan keputusan Badri yang menerima lantikan sebagai pengawas.Bagi Jamil tugas sebagai pengawas adalah berat.Tambahan pula tidak lama lagi mereka akan menduduki peperiksaan SPM.Badri akur akan kata-kata Jamil itu,tetapi Badri menerima jawatan pengawas itu setelah memikirkan baik buruknya.Badri yakin dia dapat membahagikan masa dengan baik antara tugasnya sebgai pengawas dengan tanggungjawab sebagai murid.
Meng kong,Kumar dan Shahrul adalah antara murid yang sering menimbulkan masalah kepada sekolah.Ketiga-tiga mereka terlibat dalam bisnes menjual kad prabayar dan telefon bimbit kepada murid-murid di sekola.Telefon bimbit dijual secara bayaran ansuran.Hal ini menyebabkan murid-murid meminta belanja sekolah lebih daripada ibu bapa mereka.Kehadiran Badri sebagai pengawas menyebabkan aktiviti bisnes mereka mereka bertiga terjejas.
Berang dengan Badri, Meng kong,Kumar dan Shahrul melakukan pelbagai helah termasuk melemparkan fitnah untuk menggagalkan usaha-usaha Badri dalam menegakkan peraturan sekolah.
Dalam suatu kejadian, seseorang telah memasukkan telefon bimbit ke dalam beg Badri.Akibatnya,Badri telah dimalukan kerana dituduh melanggar peraturan sekolah.Nadira yang suatu ketika pernah menjadi kawan baikknya telah melemparkan komen yang sinis terhadap Badri.Badri terkejut mendengar kata-kata Nadira .Namun,Cikgu Jailani yakin telefon bimbit itu bukan milik Badri.Nadira mula bersikap dingin dan membenci Badri sejak terpengaruh oleh fitnah yang mendakwa telefon itu milik Badri.
Badri mengesyaki Shahrul dalang kejadian tersebut.Shahrul memusuhi Meng Kong kerana rakannya itu telah insaf sejak kejadian dia dikesan mencuri telefon bimbit dari kedai ayahnya.Shahrul juga mendendami Kumar yang mula hendaak berubah baik.Kumar ditangkap oleh Badri semasa hendak memasukkan rokok kedalam beg Meng Kong.Kumar membocorkan rahsia bahawa dia disuruh oleh Shahruluntuk meletakkan rokok kedalam beg Meng Kong.Kemarahan Shahrul terhadap kumarmembuak-buak.
Dalam keadaan Badri mengalami masalah,muncul Siew Mei yang memberikan semangat kepada Badri.Badri menghadapi segala dugaan dengan tabah dan berani.Taufik dan Siew Mei turut membantu Badri menghadapi dugaan tersebut.Tanpa mengenal erti kalah ,akhirnya Badri berjaya dalam misinya.Meng kong,Kumar dan Shahrul telah insaf atas perbuatan salah yang telah mereka lakukan.Badri berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM.Badri memperoleh 9A begitu juga dengan Siew Mei manakala Taufik mendapat 7A.
Setelah menamatkan pengajiannya di Ireland dalam bidang perubatan,Badri pulang ke tanah air.Shahrul dan Kumar berkongsi modal membuka bengkel di Kuala Lumpur.Meng Kong mengambil alih bisnes ayahnya.Jamil dan Taufik berkongsi modal membuka sebuah resort.Badri akan memulakan tugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Setelah menamatkan pengajiannya di Ireland dalam bidang perubatan,Badri pulang ke tanah air.Shahrul dan Kumar berkongsi modal membuka bengkel di Kuala Lumpur.Meng Kong mengambil alih bisnes ayahnya.Jamil dan Taufik berkongsi modal membuka sebuah resort.Badri akan memulakan tugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Tema
Cabaran dan tanggungjawab pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.
Persoalan
- Golongan ibu-bapa terlalu sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga tidak mengambil tahu tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka.
- Golongan ibu-bapa yang mengambil tentang pelajaran anak-anak mereka.
- Keprihatinan seorang sahabat.









0 comments:
Post a Comment